Thursday, July 28, 2016

Sewaktu bila perlu membuat jetting / setting carburetor semula?

Sebelum kita mulakan setting atau jetting carburater, kita perlu tahu setiap part yang ada pada carburetor tu dan fungsi-fungsinya supaya kita tidak melalukan perkara yang sia-sia.

Mana tau, lain yang perlu di adjust, lain pula yang kita buat dan seterusnya akan membuang masa dan tenaga, silap-silap membuang duit dengan kerosakan pada carburetor, plug dan mungkin berjangkit pada kerosakan komponen yang lain.

Masa bila kita perlu jetting / setting semula carburetor pada motosikal kita?

Apabila anda menukar beberapa kompenen yang terlibat, terutama menukar pada alat ganti yang bukan lagi standard dengan tujuan meningkatkan prestasi motosikal anda.

Penukaran alat ganti tersebut adalah seperti

  • Ekzos - Apabila anda menukar atau membuat modifikasi ekzos anda kepada ekzos yang dikatakan lebih power atau sebagainya selain dari ekzos standard spesifikasi kilang
  • Carburetor - Anda menukar carburetor baru yang keluar dari kotak dengan jetting yang berbeza dari spesifikasi kilang.
  • Cylinder Blok - Selepas anda menukar blok atau bukan modifikasi seperti membesarkan bore / piston.
Ada sesetengah  modifikasi ringan ( light modified ) kemungkinan kita tidak perlu untuk jetting semula carburetor, mungkin cukup sekadar melaras semula angin supaya sesuai dengan alat ganti baru, tetapi, jika dengan pelarasan angin masih tidak mampu membuatkan motorsikal anda bergerak secara sepatutnya, maka anda perlulah membuat jetting semula.


1 comment:

  1. As stated by Stanford Medical, It is indeed the SINGLE reason women in this country live 10 years more and weigh on average 42 pounds less than we do.

    (And by the way, it is not related to genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to related to "how" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...

    Click this link to find out if this quick test can help you discover your real weight loss possibility

    ReplyDelete