Wednesday, July 20, 2016

Bagaimana mengenali masaalah pada carburetor.( Minyak lebih )

Bagaimana mengenali masaalah pada carburetor.

Bagi permasalahan ini kita ambil situasi menukar carburetor baru. Kebiasaannya pada kaki modified, mereka gemar menggunakan alat ganti after market atau menggunakan carburetor dari motor yang lain. Seperti motorsikal LC135 yang menggunakan carburetor Uma Racing atau yang seangkatan dengannya.

Sympton Rich ( Minyak lebih )


  • Plug berdebu hitam / basah
  • Ekzos mengeluarkan asap hitam
  • Muncung ekzos berdebu hitam
  • Mudah di hidupkan pada waktu pagi
  • Bau petrol pada asap yang keluar pada ekzos
  • Penggunaan minyak yang kuat
  • Tidak berapa lancar ketika mendaki bukit
  • Tidak lancar pada RPM rendah. ( tersenguk senguk )
Cara paling popular dan mudah untuk mengetahui adakah dengan memeriksa spark plug kita. Kita pada permukaan kepala spark plug hitam, berdebu karbon atau basah.Penyebabnya pada asas adalah jetting Pilot jet atau Main Jet yang besar. 

Tetapi.. 

Itu bukan la satu-satunya penyebab pada keadaan ini. penggunaan pilot jet yang kecil juga boleh menyebabkan Rich kerana pada teorinya, boleh dikatakan seperti ini.


Minyak lebih (rich) boleh juga di sebabkan oleh minyak masuk lebih ( Timing tinggi ) dan angin kurang ( Putaran skru angin kurang )
Jadi adalah sangat penting bagi untuk tuning antara angin dan minyak dan jetting yang sesuai. Bagi perkara ni, percubaan demi percubaan adalah sangat di perlukan.

Tips paling mudah untuk tidak membuang masa dengan mencuba dan mencuba adalah dengan merujuk pada mereka-mereka yang menggunakan jentera dan carburetor sama seperti kita yang telah mendapatkan setting terbaik. Kita boleh bermula dari situ dan menambah baik.

Tapi kalau sebelum ni orang lain tak pernah buat modifikasi seperti anda buat, di minta banyak bersabar dan luangkanlah lebih masa untuk mencari setting terbaik dan tepat untuk motorsikal anda.

2 comments:

  1. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    Over 160 thousand men and women are using a simple and SECRET "liquid hack" to drop 2 lbs every night while they sleep.

    It is very easy and works on everybody.

    You can do it yourself by following these easy steps:

    1) Hold a glass and fill it with water half full

    2) Now learn this strange HACK

    and you'll be 2 lbs skinnier in the morning!

    ReplyDelete
  2. saya lc135 5s spec fz carb nsr...pomen set minyak lebih...kalo time idle tu keluar asap putih kehitaman...kalo rem2 skit keluar asap hitam skit...kalo time bwk xde asap keluar...normal ke ni utk motor yg carb dia set minyak lebih

    ReplyDelete