Friday, July 22, 2016

Bagaimana mengenali masaalah pada carburetor.( Minyak lebih, Lean Atau Kering )

Tanda-tanda setting carburater anda lean atau kering.

Lean atau kering bermaksud, campuran minyak yang dihantar pada enjin motosikal anda adalah kurang dari sepatutnya.

Jika anda menggunakan setting kering ini untuk jangka masa yang lama, ianya adalah sangat merbahaya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada top set enjin motosikal anda. jadi, pada motosikal untuk kegunaan harian, setting ini adalah perkara yang perlu di elakkan.

Tanda-tanda lean / kering pada motosikal anda boleh dirujuk

  • Motor terasa lembab atau tidak power pada RPM tertentu terutama pada RPM tinggi atau semasa throttle dipulas lebih dari setengah. 
  • Terasa bobok dan kemudian akan jadi normal dan lebih sedap semula bila anda lepaskan minyak (RPM rendah) 
  • Sudah tentu bacaan spark plug menunjukkan kepala putih dan bersih. lagi bersih lagi lean tahap kronik.
  • Terpaksa menggunakan bantuan choke sewaktu ingin menghidupkan enjin terutama pada waktu pagi atau semasa enjin sejuk. Dengan kata mudah, susah nak start secara normal
  • Ketika idle, bunyinya agak kelam kabut dan tak smooth. 
  • Letup letup pada ekzos sewaktu jalan 
  • Enjin cepat dan terlalu panas. Pada satu tahap, anda boleh lihat manifold ekzos anda bertukar warna kebiru biruan seperti besi yang sedang di bakar. ( pada manifold yang berwarna chrome )
  • Ketika warm up atau idle, mudah mati walaupun timing sudah anda set setinggi yang boleh
  • Bau pada asap yang keluar pada ekzos. Baunya semacam hangit.
Mengapa keadaan lean ini terjadi? ianya adalah kerana penggunaan pilot jet, main jet dan juga jarun yang tidak cukup besar. Secara teorinya, setting ketiga-tiga bahagian tersebut tidak cukup atau mampu supply minyak yang sepatutnya pada enjin.

Seba lain pula adalah :

Minyak kurang (lelan) boleh juga di sebabkan oleh minyak masuk kurang ( Timing rendah ) dan angin berlebihan ( Putaran skru angin terlalu banyak. )

No comments:

Post a Comment