Mana tau, lain yang perlu di adjust, lain pula yang kita buat dan seterusnya akan membuang masa dan tenaga, silap-silap membuang duit dengan kerosakan pada carburetor, plug dan mungkin berjangkit pada kerosakan komponen yang lain.
Masa bila kita perlu jetting / setting semula carburetor pada motosikal kita?
Apabila anda menukar beberapa kompenen yang terlibat, terutama menukar pada alat ganti yang bukan lagi standard dengan tujuan meningkatkan prestasi motosikal anda.
Penukaran alat ganti tersebut adalah seperti
- Ekzos - Apabila anda menukar atau membuat modifikasi ekzos anda kepada ekzos yang dikatakan lebih power atau sebagainya selain dari ekzos standard spesifikasi kilang
- Carburetor - Anda menukar carburetor baru yang keluar dari kotak dengan jetting yang berbeza dari spesifikasi kilang.
- Cylinder Blok - Selepas anda menukar blok atau bukan modifikasi seperti membesarkan bore / piston.