Thursday, July 28, 2016

Sewaktu bila perlu membuat jetting / setting carburetor semula?

Sebelum kita mulakan setting atau jetting carburater, kita perlu tahu setiap part yang ada pada carburetor tu dan fungsi-fungsinya supaya kita tidak melalukan perkara yang sia-sia.

Mana tau, lain yang perlu di adjust, lain pula yang kita buat dan seterusnya akan membuang masa dan tenaga, silap-silap membuang duit dengan kerosakan pada carburetor, plug dan mungkin berjangkit pada kerosakan komponen yang lain.

Masa bila kita perlu jetting / setting semula carburetor pada motosikal kita?

Apabila anda menukar beberapa kompenen yang terlibat, terutama menukar pada alat ganti yang bukan lagi standard dengan tujuan meningkatkan prestasi motosikal anda.

Penukaran alat ganti tersebut adalah seperti

  • Ekzos - Apabila anda menukar atau membuat modifikasi ekzos anda kepada ekzos yang dikatakan lebih power atau sebagainya selain dari ekzos standard spesifikasi kilang
  • Carburetor - Anda menukar carburetor baru yang keluar dari kotak dengan jetting yang berbeza dari spesifikasi kilang.
  • Cylinder Blok - Selepas anda menukar blok atau bukan modifikasi seperti membesarkan bore / piston.
Ada sesetengah  modifikasi ringan ( light modified ) kemungkinan kita tidak perlu untuk jetting semula carburetor, mungkin cukup sekadar melaras semula angin supaya sesuai dengan alat ganti baru, tetapi, jika dengan pelarasan angin masih tidak mampu membuatkan motorsikal anda bergerak secara sepatutnya, maka anda perlulah membuat jetting semula.


Friday, July 22, 2016

Bagaimana mengenali masaalah pada carburetor.( Minyak lebih, Lean Atau Kering )

Tanda-tanda setting carburater anda lean atau kering.

Lean atau kering bermaksud, campuran minyak yang dihantar pada enjin motosikal anda adalah kurang dari sepatutnya.

Jika anda menggunakan setting kering ini untuk jangka masa yang lama, ianya adalah sangat merbahaya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada top set enjin motosikal anda. jadi, pada motosikal untuk kegunaan harian, setting ini adalah perkara yang perlu di elakkan.

Tanda-tanda lean / kering pada motosikal anda boleh dirujuk

  • Motor terasa lembab atau tidak power pada RPM tertentu terutama pada RPM tinggi atau semasa throttle dipulas lebih dari setengah. 
  • Terasa bobok dan kemudian akan jadi normal dan lebih sedap semula bila anda lepaskan minyak (RPM rendah) 
  • Sudah tentu bacaan spark plug menunjukkan kepala putih dan bersih. lagi bersih lagi lean tahap kronik.
  • Terpaksa menggunakan bantuan choke sewaktu ingin menghidupkan enjin terutama pada waktu pagi atau semasa enjin sejuk. Dengan kata mudah, susah nak start secara normal
  • Ketika idle, bunyinya agak kelam kabut dan tak smooth. 
  • Letup letup pada ekzos sewaktu jalan 
  • Enjin cepat dan terlalu panas. Pada satu tahap, anda boleh lihat manifold ekzos anda bertukar warna kebiru biruan seperti besi yang sedang di bakar. ( pada manifold yang berwarna chrome )
  • Ketika warm up atau idle, mudah mati walaupun timing sudah anda set setinggi yang boleh
  • Bau pada asap yang keluar pada ekzos. Baunya semacam hangit.
Mengapa keadaan lean ini terjadi? ianya adalah kerana penggunaan pilot jet, main jet dan juga jarun yang tidak cukup besar. Secara teorinya, setting ketiga-tiga bahagian tersebut tidak cukup atau mampu supply minyak yang sepatutnya pada enjin.

Seba lain pula adalah :

Minyak kurang (lelan) boleh juga di sebabkan oleh minyak masuk kurang ( Timing rendah ) dan angin berlebihan ( Putaran skru angin terlalu banyak. )

Wednesday, July 20, 2016

Bagaimana mengenali masaalah pada carburetor.( Minyak lebih )

Bagaimana mengenali masaalah pada carburetor.

Bagi permasalahan ini kita ambil situasi menukar carburetor baru. Kebiasaannya pada kaki modified, mereka gemar menggunakan alat ganti after market atau menggunakan carburetor dari motor yang lain. Seperti motorsikal LC135 yang menggunakan carburetor Uma Racing atau yang seangkatan dengannya.

Sympton Rich ( Minyak lebih )


  • Plug berdebu hitam / basah
  • Ekzos mengeluarkan asap hitam
  • Muncung ekzos berdebu hitam
  • Mudah di hidupkan pada waktu pagi
  • Bau petrol pada asap yang keluar pada ekzos
  • Penggunaan minyak yang kuat
  • Tidak berapa lancar ketika mendaki bukit
  • Tidak lancar pada RPM rendah. ( tersenguk senguk )
Cara paling popular dan mudah untuk mengetahui adakah dengan memeriksa spark plug kita. Kita pada permukaan kepala spark plug hitam, berdebu karbon atau basah.Penyebabnya pada asas adalah jetting Pilot jet atau Main Jet yang besar. 

Tetapi.. 

Itu bukan la satu-satunya penyebab pada keadaan ini. penggunaan pilot jet yang kecil juga boleh menyebabkan Rich kerana pada teorinya, boleh dikatakan seperti ini.


Minyak lebih (rich) boleh juga di sebabkan oleh minyak masuk lebih ( Timing tinggi ) dan angin kurang ( Putaran skru angin kurang )
Jadi adalah sangat penting bagi untuk tuning antara angin dan minyak dan jetting yang sesuai. Bagi perkara ni, percubaan demi percubaan adalah sangat di perlukan.

Tips paling mudah untuk tidak membuang masa dengan mencuba dan mencuba adalah dengan merujuk pada mereka-mereka yang menggunakan jentera dan carburetor sama seperti kita yang telah mendapatkan setting terbaik. Kita boleh bermula dari situ dan menambah baik.

Tapi kalau sebelum ni orang lain tak pernah buat modifikasi seperti anda buat, di minta banyak bersabar dan luangkanlah lebih masa untuk mencari setting terbaik dan tepat untuk motorsikal anda.

Pengenalan mengenai carburetor untuk motosikal.

Pengenalan mengenai carburetor untuk motosikal.

1- Jika dilihat dari luar, carburetor adalah alat yang simple dan mudah. Menjadi "orang" tengah menghubungkan antara tangki minyak dan juga enjin.Kiranya, enjin akan bekerja apabila minyak dari tangki masuk ke dalam cylinder blok melalui carburetor. Semudah itu sahaja. Tetapi, pada dasarnya ianya adalah sesuatu yang agak rumit pada bahagian dalaman dan bagaimana ianya bekerja.

2- Carburater juga tidak mempunyai banyak terma-terma masaalah, cuma yang ada, Rich & Lean atau pun bahasa pasarnya, kering dan basah atau minyak lebih minyak kurang. Apa cara sekalipun, 2 perkara ini adalah sympton awal untuk mengenal dan tau yang carburetor kita mempunyai masaalah.
Masaalah lain pula adalah seperti overflow.

3- Asas utama pula yang menggerakkan carburetor adalah angin dan minyak ( air & Fuel ), walaupun hanya ada 2 asas sahaja, tetapi cukup untuk memeningkan kepala terutama pada mereka-mereka yang gemar bereksperimen dengan carburetor.